follower

Sabtu, 29 Jun 2013

Rombongan PAS Sungai Ara ke Kelantan Darul Naim

PAS Cawangan Sungai Ara dalam kawasan Larut,Perak baru-baru ini telah menganjurkan satu lawatan ke negeri terawal pertapakan parti itu di negara ini iaitu Kelantan Darul Naim. 


Rombongan tersebut melibatkan 75 peserta dengan sebuah bas dan 3 buah van diketuai ketua cawangannya,Ahmad Che Had dan diikuti ahli-ahli di cawangan tersebut. Program bertujuan merapatkan ukhuwah dalam kalangan ahli serta melihat sendiri pembangunan negeri yang lebih dua dekad diterajui kepimpinan ulama itu.

(Peserta rombongan bergambar di sekitar masjid bersebelahan rumah tok guru)




Ternyata negeri yang sinonim juga dengan jolokan negeri cik Siti Wan Kembang itu mempunyai keunikan tersendiri sehingga rata-rata peserta yang terlibat meluahkan rasa keterujaan mereka.Seorang pemuda yang turut serta dalam program lawatan tersebut,Mohd Shukri Abd Hamid,21,berkata kunjungannya ke negeri itu bersama rombongan PAS cawangan merupakan kenangan yang sangat bermakna.


Katanya,kekaguman muncul apabila melihat kepada papan-papan tanda jalan,kedai dan premis awam yang mengangkat penggunaan tulisan jawi.


Jelasnya,keunikan itu sukar didapati di negeri-negeri lain dan menyifatkan Kelantan sebagai pemelihara khazanah dan budaya bangsa melayu dan umat Islam di negara ini. 

Seorang lagi peserta,Zakaria Lazim,50,menyifatkan kemakmuran negeri tersebut merupakah berkat daripada kepimpinan yang diterajui alim ulama dan berharap pemerintahan ini akan terus dikekalkan pada masa akan datang.


"Saya sebagai orang perak sememangnya cemburu dengan Kelantan"Katanya. 


Rombongan tersebut menjadikan kediaman Mursyidul Am PAS,Datuk Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai destinasi terawal lawatan.

Difahamkan memang pada perancangan awalnya pihak rombongan ingin bertemu dengan Ulama yang juga bekas Menteri besar kelantan itu tetapi Allah swt adalah sebaik-baik perancang.Perancangan manusia belum tentu akan kesampaian jika tidak dengan kehendaknya.


Berlaku satu insiden menyebabkan berubahnya jadual yang ditetapkan apabila bas yang dinaiki 45 peserta mengalami kerosakan di pertengahan jalan.35 peserta lainnya yang menaiki van pula bersepakat untuk tidak meninggalkan 45 peserta yang menaiki bas sehingga bas tersebut dibaiki.Indahnya permuakatan yang ditonjolkan oleh ahli-ahli PAS.


Rombongan yang pada jangkaan awalnya tiba di kediaman Tok Guru di Pulau Melaka,Kota Bharu pada jam 7 pagi sebaliknya tiba 3 jam lebih lewat iaitu pada jam 10 pagi.Pada waktu itu dimaklumkan yang Tok Guru baru sahaja bergerak ke Hospital untuk satu temu janji dengan doktor yang merawatnya dan dijangka lewat pulang kerana dimaklumkan selepas itu beliau mempunyau tugas lain pula di luar kawasan.

        (Antara peserta rombongan yang bergambar kenangan di hadapan kediaman Tok Guru Nik Aziz)


Biarpun tidak dapat berjumpa tetapi kerinduan pada tok guru sekurang-kurangnya sedikit terubat biar sekadar dapat menjejakkan kaki ke halaman rumah tok guru.Ibarat sebuah perkampungan ilmu,di persekitaran rumah batu separuh papannya yang berwarna hijau itu,tersegam indah sebuah masjid dikelilingi bangunan sekolah yang bakal melahirkan para hufaz,ulama,dan pemimpin masa depan. 



Rombongan meneruskan perjalanan ke Bazar Siti Khadijah yang terletak di Pekan Kota Bharu.


Keramahan para peniaga dari kalangan wanita melayu yang tidak lekang dengan senyuman menyapa peserta rombongan.Banyak juga barang yang diborong.Daripada makanan,aksesori,pakaian sampai kepada cadar dan toto.Memang bijak para peniaga di sini mencairkan hati pelanggan.



                                                                           Mungkin inilah formula yang menyebabkan orang melayu kelantan lebih maju dan  berdaya saing jika hendak dibandingkan dengan melayu di negeri lain.Maju bukan sahaja daripada sudut ekonomi tetapi maju juga dari sudut kematangan dalam berpolitik.Matang dalam memilih kepimpinan pada setiap kali pilihan raya. 


Sesi membeli belah seterusnya adalah di Rantau Panjang sebelum rombongan membuat keputusan untuk bergerak pulang dan pihak PAS cawangan tidak menolak kemungkinan untuk menganjurkan sekali lagi program sedemikian pada masa akan datang kerana hasrat untuk bertemu tok guru masih lagi tidak kesampaian.


PAS Sungai Ara merupakan salah satu cawangan terkuat dalam parlimen Larut dan DUN Kubu Gajah.Sungai Ara merupakan sebuah perkampungan yang telah menyumbang undi terbesar kepada PAS pada setiap kali pilihanraya.


Namun pada pru yang lalu calon PAS bagi parlimen Larut,Datuk Haji Fauzi Shaari tewas kepada calon Barisan Nasional.Begitu juga yang berlaku kepada calon PAS Dun Kubu Gajah Ustaz Nazri Din.


Kedudukan Larut sebagai kawasan luar bandar dan majoriti penduduknya yang kurang akses dengan maklumat di media alternatif kecuali golongan muda mungkin menjadi faktor kesukaran PAS untuk bertapak di sini.Apatah lagi dalam keadaan sistem pilihan raya yang masih dipersoalkan ketelusannya seperti hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan