follower

Isnin, 1 Julai 2013

Nampaknya ada ruang di media Umno untuk Kazim Elias jaja cerita raih publisiti murahan


  • Isu sekat pendakwah daripada menyampaikan ceramah,kuliah,atau forum bukanlah perkara baru dalam negara ini..


    Sebelum ini sudah ramai pendakwah yang pernah mengalami situasi sedemikian.
    Antaranya ialah Ustaz Ismail Kamus,Dr Haron Din dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.Mereka adalah contoh nama2 tokoh pendakwah yang dulunya pernah popular dalam slot forum Perdana Ehwal Islam di RTM iaitu sebuah rancangan berbentuk forum yang mengupas isu2 keagamaan di negara ini.
    Rancangan tersebut masih lagi bersiaran sehingga ke hari ini tetapi di manakah nama2 yang disebut itu sekarang? Kenapa tiada lagi kemunculan mereka di kaca tv? 

    Mereka adalah mangsa2 diskriminasi parti pemerintah yang menguasai siaran tv.Padahal jika hendak dibandingkan kelulusan mereka2 ini dengan kelulusan seorang ustaz (ustazlah konon) yang asyik mencari publisiti murahan dengan sibuk menjaja cerita yang sepatutnya tidak terpacul daripada mulut seseorang yang benar2 menepati ciri2 seorang pendakwah. 

    (Ustaz Ismail Kamus,pendakwah yang kini 
    menjadi masngsa diskriminasi media Umno)

    Daripada cerita diugut bunuh yang tidak berjaya menarik simpati orang ramai.Keluar surat khabar tapi masing2 buat "dont know" dan tidak menunjukkan keterujaan mereka untuk mengambil tahu..Siapa orang yang nak bunuh tu? Kenapa orang tu nak bunuh? Masing2 tak berminat nak ambil tahu.

    Pada mereka,banyak lagi perkara lain yang lebih penting perlu diberi keutamaan untuk difikirkan.Adalah lebih baik difikirkan penyelesaian untuk mengembalikan maruah ugama yang semakin tercalar dengan kewujudan ULARMAK-ULARMAK pengampu yang menjilat pemerintah sekular.Pemerintah yang membelakangkan Al-Quran,Hadis,Ijmak dan Qias dalam urusan pemerintahan.Hal ugut bunuh tidak menjadi tugas kami untuk memikir dan menyelesaikannya.

    Kongsikan sahaja cerita itu dengan polis bukan dengan akhbar.Kalau ada bukti,polis boleh tangkap dan dakwa orang terlibat.Nampaknya dah sebulan semenjak kenyataan ugut bunuh itu dikeluarkan.Memang ada tangkapan dibuat dalam tempoh itu.Tetapi yang ditangkap itu bukanlah orang yang mengungut bunuh ustad sorang ni tetapi Adam Adli dan Datuk Husam Musa.

    Pada pihak berkenaan.Cukup2lah menganjing..Banyak lagi isu jenayah tak selesai..Bunuh,rogol,ragut dan sebagainya..Kenapa agresif dengan orang politik dari pembangkang tetapi lemah dengan penjenayah2 di luar yang membahayakan? Pergi cari dan tangkap orang yang bertanggungjawab mengugut untuk membunuh si Kazim ni.Kalau betullah apa katanya itu..Bukannya pergi cari dan tangkap aktivis mahasiswa dan orang politik dari pembangkang seperti Adam Adli dan Datuk Husam Musa.

    Berbalik kepada cerita asal..Daripada cerita ugut bunuh yang sampai hari ini pengugutnya tidak ditangkap gara2 orang yang diugut mengalami kegagalan fungsi otak sehingga tidak tahu membezakan tugas wartawan akhbar dengan pihak polis..

    Mungkin orang yang diugut bunuh itu (Kazim) menyangka kerja2 menangkap penjenayah itu adalah tanggungjawab wartawan akhbar..Sebab itu dibuat report kpd wartawan akhbar,bukannya pihak polis..

    Senyap isu kes ugut bunuh,tiba2 dengar pula cerita baru.Kononnya ada negeri yang tidak benarkan dia berceramah dan berkuliah.Kah,kah,kah.Deyy.itupun nak kecoh ke? Sama ada dia sedar atau tidak yang selama ini sebelum dia ramai lagi tokoh2 agama yang mengalami perkara sedemikian contohnya seperti yang penulis nyatakan mula2 tadi..

    Ustaz Ismail Kamus,Dr Haron Din,Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan termasuk yang terbaru Kuliah Ustaz Azhar Idrus di Putrajaya yang diarahkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Shaberry Cheek(Menteri KBS sebelumnya) supaya dibatalkan bagi memberi laluan kepada konsert kpop yang memperagakan tarian gadis seksi dari korea.

    Terdapat dua perbezaan antara mereka2 ini dengan Kazim Elias.Mereka adalah pendakwah yang tidak sealiran ideologi dan pemikirannya dengan parti pemerintah tetapi kazim pula adalah pendakwah yang biarpun dinafi tetapi bak kata pepatah "sekilas ikan di air sudah ditahu jantan betinanya".Kalau sudah berbau umno,semburlah dengan pewangi apapun,akan tetap berbau Umno.kah,kah,kah.

    Justeru kita memahami perbezaan di atas,maka dapatlah disimpulkan pula perbezaan yang keduanya pula.

    Sejak daripada dulu lagi,jika ada dua golongan agamawan yang mempunyai ciri2 seperti di atas.Maka sudah tentu hanya salah satu daripada mereka yang akan diberi ruang di media kerajaan manakala pihak yang satu lagi tidak.

    Pendakwah2 lain ada juga yang mendapat sekatan daripada meneruskan aktiviti dakwah di negara ini tetapi tiada ruang untuk mereka mengadu di media2 kerajaan seperti Kazim. 

    Perihal Kazim diugut bunuh mendapat liputan meluas di akhbar2 kawalan kerajaan tetapi bagaimana pula dengan Assyahid Ustaz Ibrahim Libya? seorang pendakwah yang benar-benar dibunuh oleh parti pemerintah hanya kerana enggan tunduk dan menyerah kalah dengan undang2 tanpa bicara(ISA).
    (Kazim Elias diugut bunuh,Ustaz Ibrahim Libya benar2 dibunuh.Beliau pendakwah muda yang acap kali muncul di dirancangan Forum Perdana Ehwal Islam RTM sebelum dibunuh pada tahun 1985.Siapa bunuh?)

    Media2 daripada puak itulah yang sehingga sekarang menggelapkan cerita sebenar.Antara yang diugut bunuh dan yang benar2 dibunuh manakah yang sepatutnya diberi keutamaan? Akhir kata.Umno,media Umno dan Kazim Elias Umno sama2 "bodo nak mapoh"

    P/s: perkataan "bodo nak mapoh" merupakan dialek dari kampung Kazim dan kampung penulis iaitu Batu Kurau Perak.Ia bermaksud bodoh yg keterlaluan..Teman ni sekampung dengan Kazim wehh..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan